Aplikasi kipas penyejuk Kipas_komputer

Empat kipas kelonsong berLED biru 120 mm.Kipas komputer 80 mm.Kipas penyejuk XBOX 70 mm.

Dipasang pada kelonsong

Digunakan untuk mengudarakan kelonsong komputer. Komponen dalam kelonsong yang menggunakan penyejukan aktif tidak mampu menyingkir haba dengan berkesan sekiranya udara di sekeliling terlampau panas. Kipas kelonsong mengedar udara melalui kelonsong, biasanya menyedut udara luar yang lebih sejuk melalui hadapan (di mana ia barangkali turut disedut melalui rak cakera keras dalaman) dan disingkir di belakang. Terdapat juga kipas ketiga di tepi atau di atas bagi menyedut udara luar ke kawasan CPU, yang biasanya merupakan penjana haba tunggal terbesar. Kipas kelonsong biasanya berukuran 80 mm, 92 mm atau 120 mm setiap sisi. Oleh kerana kipas kelonsong sering kali bentuk penyejukkan PC paling jelas kelihatan, kipas berhias tersedia secara meluas dan boleh dihiasi dengan LED atau dihasilkan dengan plastik reaktif-UV. Jaring berhias juga biasa. Kipas berhias adalah terkenal dengan pencinta kelonsong (case modders). Penapis udara juga sering digunakan bersama kipas penyedut bagi menghalang habuk daripada memasuki kelonsong.

Berkaitan